Tak Tahan Di Asak Oleh Wartawan. Akhirnya Neelofa Buka Mulut Tentang Aksi Nabila Kakak nya Bermanja Dengan Sharnaaz
Terkenal
dengan sikap terbuka berkasih sayang di khalayak ramai, pasangan
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini
Sharnaaz telah memuat naik sebuah video menunjukkan isterinya memeluk
manja pinggangnya ketika duduk.
Kalau
dilihat pada video tersebut, Sharnaaz seolah sedang bersembang dengan
seseorang yang sedang merakam aksi manja pasangan itu, sambil dirinya
dipeluk erat oleh Nabila. Menerusi perkongsian itu, bermacam komen dapat
dilihat di Instagram pelakon itu.
Bagaimanapun
lebih ramai yang kurang senang dengan tindakan pelakon itu memuat naik
video seumpama itu, apa lagi ketika di bulan Ramadhan. Tidak kurang juga
berpendapat, video mesra seperti itu lebih baik disimpan secara
peribadi suami isteri sahaja.
Rasanya
Sharnaaz juga sudah kebal dengan komen-komen panas mengenai
tindak-tanduknya itu, kerana ini bukanlah kali pertama pasangan ini
melakukan aksi kurang menyenangkan mata peminat. Apapun semoga selepas
ini Sharnaaz lebih berhati-hati dengan posting yang dimuat naik
Adnow
loading...
